Senin, 08 Mei 2017

Bacaan bagus Buat Ente

Aku Berharap Ummat Islam Segera Bersatu Dalam Satu Jama'ah Al Khilafah Aqidah Akhlaq Islamiyyah​ https://m.facebook.com/AqidahAkhlaqIslam/photos/rpd.100016912171812/2264848573740770/?type=3&source=49 Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Kisah Rasulullah di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain. Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya, umat yang hidup selepas kewafatannya. Namun kita sering lupa, lupa pada hakikat rindu yang sebenarnya kerana kerasnya hati kita. Betapa Rasulullah menyayangi umatnya, umat akhir zaman yang mulia. Namun kita seringkali lupa kerana rindu kita pada manusia. Betapa Rasulullah begitu kasih akan umatnya, umat yang tidak pernah memandang dan melihat baginda. Namun sehingga ke akhir hayatnya Baginda tidak pernah lupa pada umatnya. Tangisan Rasulullah pada akhir hayatnya adalah tangisan kerinduan baginda kepada umatnya, di sisi ALLAH mereka mulia. Siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad? Siapa yang didoakan Baginda nabi Muhammad setiap waktu? Ia adalah kita, tapi sudahkah kita mencintai Baginda Rasulullah, adakah kita mengingati kasih Baginda kepada kita? Renungilah siapa yang menjadi ikon kita selama ini? Siapa idola anak-anak muda sekarang? Siapa idola-saudara-saudara kita saat ini? Kita bangga dengan ikon artis-artis dan kita bangga dengan pemain-pemain bola sepak. Kita mula lupa pada ikon dan idola kita yang sepatutnya iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kita mengaku kita adalah umat Nabi Muhammad tapi kita tidak pernah mengikut sunnahnya, kita lupa untuk mencontohi akhlak Baginda, kita tenggelam dengan nikmat dunia. Air mata yang sering kita tumpahkan bukan air mata rindu dan cinta kita pada Nabi kita tapi air mata kekecewaan dalam bercinta. Kita umat yang lalai dan leka, kita sering terlupa meletakkan cinta dan rindu kita pada Baginda. Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Semoga di Padang mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. In sha ALLAH. Adakah kita sayangkan Rasulullah sepertimana sayangnya Rasulullah kepada kita? We Love RasulAllah ﷺ ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّد ِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ We Love RasulAllah ﷺ Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala Aali Sayyidina Muhammad. “ Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamu 'Alaikum. Kepada seluruh Pengunjung Blog Saya Ini,Saya Berharap Kepada Ikhwan Atau Akhwat Untuk Kira nya Bersedia Meluruskan Kesalahan2 Yang Mungkin Tidak Saya Sengaja,Dan Saya Berharap Semoga Kiranya Ikhwan Dan Akhwat Mau Mendo'akan Agar Allah Mengampuni Kesalahan2 Yang Saya Lakukan Baik Yang Saya Sengaja Atau pun Tidak Saya Sengaja.TERIMA KASIH Wassalaamu 'Alaikum.

BUKAN NEGARA ISLAM YANG MENJADI TUJUAN, KHILAFAH ADALAH BUKTI PENGAGUNGAN MANUSIA KEPADA ALLAH

BAI'AT UMMAT ISLAM YG BERSEDIA TUNDUK DAN PATUH PADA AL JAMAA'AH KHILAFATUL MUSLIMIN

<< 48:11 Surat Al-Fath Ayat 10 (48:10) 48:9 >>  اِنَّ الَّذِيْنَ يُبَايِعُوْنَكَ اِنَّمَا يُبَايِعُوْنَ اللّٰهَ ۗيَدُ اللّٰهِ فَ...